Jika Anda Sering Tertimpa Musibah ? Lakukanlah 13 Amalan Ini

Bagikandakwah – Sahabat dakwah, Teringat pada suatu masa dadulu, ada seseorang pernah mengadu tentang dirinya yang sering ditimpa musibah dalam hidup. Beliau hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan.



Asakan demi asakan diterima bertalu-talu tanpa henti bagai peluru yang menghentam sebuah bangunan sehingga habis berlubang sana sini.

Itulah sedikit analogi yang dapat digambarkan keadaan beliau waktu itu. Hati remuk dan kecewa mempersoalkan nasib malang yang menimpa dirinya.

“Kenapa semua ini berlaku padaku? Kenapa tidak pada orang lain?”

“Katanya, Allah itu ada dengan hambaNya, kenapa diberi dugaan sebegini pada orang yang lemah seperti aku.”

“Di mana Allah? Saban hari aku berdoa agar dilepaskan bebanan dugaan hidup ini. Aku dah tak sanggup. Tetapi, semakin aku berdoa semakin banyak dugaan diberi. Bahkan ditambah-tambah lagi. Ya Tuhan, tidak kasihankah engkau dengan diriku?”

Ternyata persoalan demi persoalan timbul seakan menolak takdir yang menimpa ketika itu. Tidak kurang juga dalam keadaan sedemikian, emosi juga turut terganggu lalu syaitan pun mulai membisikkan sesuatu yang tidak baik.

Istighfar dan dzikrullah menjadi peneman harian dengan harapan agar dikurangkan dugaan tersebut.

Dengan izinNya, satu demi satu permasalahan dan dugaan yang dilaluinya itu berjaya ditempuhi. Jika diimbas kembali rentetan yang menimpa, dirinya tersenyum sendirian.

“Maha Baiknya Allah. Dia memberikan aku dugaan sedemikian agar aku lebih dekat dengan Dia. Berfikir akan kebesaran-Nya. Dia memang ada dengan hamba-Nya, hanya kita yang mahu mencari atau berlari dari-Nya.”

Lalu, dalam keadaan sedemikian dapat disimpulkan bahawasanya setiap kehidupan yang kita jalani ini sememangnya tidak lari dari ujian, dugaan, permasalahan dan apa-apa jua musibah.

Tahukah kita, kesemua yang ditakdirkan Allah SWT itu indah belaka. Dia menghantarkan ujian demi ujian tanda kasih sayangNya kepada setiap hambaNya.

Oleh karena itu, di sini dapat juga disenaraikan beberapa perkara yang boleh kita lakukan sebagai seorang Muslim apabila ditimpa musibah.

Berikut ini amalan yang bisa anda isitqomahkan dalam hidup:
  1.  
  2. Bangun malam dan solat sunat Tahajjud
  3. Bertaubat atas segala khilaf yang dilakukan
  4. Tidak meninggalkan solat fardhu lima waktu
  5. Melatih diri untuk membaca al-Quran pada setiap waktu selepas solat fardhu atau ketika waktu lapang. Ini kerana Al-Quran adalah salah satu ‘ubat penawar’ buat hati yang berduka
  6. Sentiasa membasahkan lidah dengan zikrullah
  7. Berfikiran positif dan yakin bahawa segala yang ditakdirkan kepada kita itu adalah untuk meningkatkan iman dan mendekatkan diri kita kepadaNya
  8. Bersedekah walaupun sedikit
  9. Sentiasa berbuat baik tanpa mengharapkan apa jua balasan
  10. Mempertingkatkan amal ibadah termasuk amalan sunat bagi menampung ibadah fardhu yang wajib
  11. Bersyukur di atas segala nikmat dan apa jua yang kita miliki
  12. Bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri
  13. Meletakkan kebergantungan hidup kita kepada Allah dengan diiringi usaha dan tawakkal
Setuju atau tidak jika dikatakan bahawa seluruh kehidupan kita ini adalah ujian dari Allah SWT. Tidak kira kaya atau miskin, hakikatnya di mata Allah kita semua sama. Yang membezakannya adalah pada nilai taqwa kepadaNya.

Diharapkan ini dapat memberi panduan kepada pembaca yang mungkin ketika ini berasa tertekan dengan kehidupan yang dilalui. Atau, mereka yang buntu untuk mencari jalan keluar dari sebarang permasalahan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Wallahua’lam.


Sumber: tazkirah.net

Belum ada Komentar untuk "Jika Anda Sering Tertimpa Musibah ? Lakukanlah 13 Amalan Ini"

Posting Komentar

Iklan Atas 1

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel